Terma penggunaan

Terakhir dikemas kini: 3 September 2026.

TUJU ialah platform Link in Bio di tuju.to. Dengan mendaftar atau menerbitkan profil, anda bersetuju dengan terma ini.

Akaun

Anda bertanggungjawab menjaga kata laluan dan aktiviti pada akaun. Satu orang atau perniagaan boleh memegang username yang masih tersedia. Username yang menipu jenama, menyalahi undang-undang, atau dikhaskan boleh digantung tanpa notis.

TUJU berhak menukar atau menarik balik username yang bertindih dengan nama sistem, jenama, servis, atau keperluan teknikal platform.

Kandungan

Pautan, teks, gambar, produk dan booking adalah milik dan tanggungjawab anda. Jangan muat naik atau pautkan kepada penipuan, perjudian haram, eksploitasi, perisian hasad, atau kandungan yang dilarang di Malaysia.

Plan

Plan Asas percuma. PRO adalah berbayar mengikut harga semasa dalam Studio. Status PRO bergantung pada rekod plan dan tarikh luput. TUJU boleh menukar harga dengan notis pada halaman Harga.

Profil awam

Halaman tuju.to/username hanya memaparkan data yang anda terbitkan. TUJU tidak menjamin ranking carian atau uptime 100%, tetapi berusaha mengekalkan perkhidmatan yang stabil.

Penggantungan

Kami boleh nyahterbit atau gantung akaun yang melanggar terma, menerima aduan sah, atau membahayakan pengguna lain.

Hubungi

Soalan berkenaan terma: bio@tuju.to atau halaman Hubungi.