Dasar privasi

Terakhir dikemas kini: 3 September 2026.

Dasar ini menjelaskan data yang TUJU kumpul, guna dan paparkan. Kami tidak menjual senarai pengguna kepada pihak ketiga untuk iklan.

Data akaun

Email, ID autentikasi dan metadata log masuk disimpan melalui Supabase Auth. Kata laluan tidak disimpan dalam bentuk teks biasa oleh aplikasi Bio.

Data profil

Nama paparan, bio, gambar, username, pautan, produk, booking dan tetapan rupa disimpan supaya anda boleh sunting semula. Profil draf tidak dipaparkan di tuju.to/username sehingga anda tekan terbit.

Data awam

Selepas diterbitkan, nama, bio, avatar, pautan, kedai dan slot awam boleh dilihat sesiapa yang buka URL anda. Email dalaman, token, password profil berkunci dan data transaksi payment gateway tidak dihantar ke halaman awam.

Analitik

Kiraan klik pautan direkod secara agregat untuk pemilik akaun. Kami tidak membina profil pengiklanan individu daripada halaman Bio.

Pembayaran PRO

Transaksi PRO disahkan melalui payment gateway dan backend. Maklumat transaksi dalaman hanya digunakan untuk pengesahan langganan, rekonsiliasi dan sokongan.

Hak anda

Anda boleh kemaskini atau padam kandungan dari Studio. Untuk padam akaun sepenuhnya, email bio@tuju.to.

Hubungi

Privasi dan data: bio@tuju.to.